Monday, 12 December 2011

Program Modular Kolej Komuniti

 
Pengenalan :
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.


Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
  • Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
  • Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.

Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian :
  • Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
  • Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan


Wang saku RM250 sebulan disediakan kepada yang layak.

Monday, 5 December 2011

Pengambilan Pelajar Sesi Januari 2012

Salam 1 Malaysia.

Untuk makluman semua, KK Paya Besar akan membuat pengambilan pelajar pada 10 Januari 2012. Permohonan boleh dibuat terus ke KK Paya Besar. Antara program modular yang ditawarkan pada sesi Januari 2012 ialah :

1. Pemasangan elektrik
  • Pendawaian permukaan fasa tunggal  ( 4 bulan )                                                           
  • Pendawaian pembuluh (permukaan dan tersembunyi) & sesalur 3 fasa ( 4 bulan )                
  • Mesin elektrik 3 fasa  ( 4 bulan )                                                                                      
  • Pendawaian & penyelenggaraan elektrik industri   ( 4 bulan )                                         
2. Rangkaian komputer
  • Pembangunan rangkaian  ( 5 bulan )                                                                              
  • Penstrukturan rangkaian   ( 5 bulan )                                                                          
3. Aplikasi perisian komputer
  • Pengurusan perisian pejabat      ( 5 bulan )                                                                        
  • Pengurusan pangkalan data       ( 5 bulan )                                                                      
4. Fotografi komersial
  • Fotografi iklan         ( 6 bulan )                                                                                         
  • Fotografi studio       ( 6 bulan )                                                                                     
  • Fotografi kreatif      ( 6 bulan )                                                                                         

Syarat kelayakan :
  • warganegara Malaysia
  • 17 tahun ke atas ( pelajar SPM 2011 juga boleh memohon)
  • pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon

Yuran :

RM 10 / bulan

Elaun :

RM 250 / bulan

Hubungi :
Unit Pengambilan
Kolej Komuniti Paya Besar
26300 Gambang, Pahang

Tel : 09-5498811/8812/8813/8822
Fax: 09-5495500


Tarikh tutup permohonan : 4 Januari 2012






Thursday, 24 November 2011

Tahniah!

15 pasukan telah bertanding dalam merebut Piala Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011 anjuran bersama KPT, Maskom dan Kolej Komuniti Paya Besar yang menawarkan wang tunai RM 2000. Kejohanan yang telah berlangsung dari 18 hingga 20 November lalu bertempat di UMP menyaksikan saingan sengit yang diberikan oleh setiap pasukan bermula di peringkat kumpulan lagi hinggalah ke peringkat akhir. Semangat kesukanan dan juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh para atlit menyemarakkan lagi kejohanan ini yang julung kali diadakan. Persaingan hebat turut diberikan oleh pasukan tuan rumah KKPB hingga mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada pasukan seangkatan iaitu Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Perlawanan akhir telah menyaksikan pertemuan antara UTM dan UiTM Shah Alam yang begitu sengit hingga mengheret kepada 5 set perlawanan dan telah dimenangi oleh pasukan UTM akhirnya. Kehebatan pasukan UTM turut diakui oleh para pengadil apabila menganugerahkan best spiker dan best blocker kepada 2 pemain daripada pasukan UTM. Manakala best setter, best server dan best player diungguli pemain dari pasukan UiTM Shah Alam yang menjadi Naib Johan dan membawa pulang wang tunai RM 1500. Setinggi tahniah kepada semua pasukan yang menang.

KKPB selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat serta UMP yang sudi menyewakan Kompleks Sukan yang menjadi gelanggang perlawanan Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011. Terima kasih daun keladi turut ditujukan kepada Nestle Kuantan yang sudi menaja air milo percuma kepada pemain dan pengunjung pada 19 November yang lalu. Tahniah dan terima kasih juga buat semua jawatankuasa pengelola yang terlibat serta kakitangan KKPB khususnya yang telah menjayakan Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011 ini dengan begitu baik sekali. Tahniah dan syabas!







Friday, 18 November 2011

Sekitar Pendaftaran Peserta 
Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011


Bermula jam 9.00 pagi, kaunter pendaftaran peserta kejohanan di KKPB telah dibuka. UTM merupakan IPTA yang pertama sampai ke tempat pendaftaran diikuti IPT yang lain. Semua pasukan memberikan kerjasama yang baik walaupun ada sebahagian pasukan yang terlupa untuk membawa salinan kad matrik dan salinan kad pengenalan semasa proses pendaftaran peserta. Pihak urusetia sebaik mungkin membantu setiap pasukan yang memerlukan bantuan. Jam 10 pagi berlangsung pula taklimat kepada pengurus pasukan oleh Setiausaha Persatuan Bola Tampar Pahang merangkap Ketua Pengadil sepanjang kejohanan berlangsung. Taklimat dijalankan setengah jam lebih awal memandangkan sebahagian besar pengurus pasukan telah pun berada di tempat taklimat. Perlawanan pertama pada hari ini akan bermula pada jam 3.00 petang. Semoga berjaya kepada semua pasukan.





Thursday, 17 November 2011

Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011

KKPB akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011 yang akan berlangsung pada 18 - 20 November 2011 di UMP Pahang. Kejohanan ini adalah yang pertama kali dianjurkan. Sebanyak 15 pasukan yang menyertai kejohanan ini termasuklah UPSI, UTM, UPM, UMP, UiTM, Uniten, Kolej TAR, INTI College KK Arau KK Paya Besar dan banyak lagi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Tajaan air milo percuma oleh Nestle pada 19 November 2011 bermula jam 9.30 pagi. Selamat berjuang diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga semua pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan.

Wassalam.

Tentang Kolej Komuniti Paya Besar

Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi mula beroperasi pada tahun 2003 secara menumpang di SMK Seri Damai dan pada Januari 2006 secara rasmi berpindah ke kampus tetap di Gambang. Sebagai peneraju komuniti berilmu, KKPB menawarkan pelbagai kursus pendek dan Program Modular Kebangsaan (SMK) kepada komuniti setempat. Mempunyai pelbagai kemudahan seperti makmal komputer, asrama, coaster, bas, perpustakaan, surau dan banyak lagi. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KKPB, boleh menghubungi talian berikut :
09-5498811/09-5498813