15 pasukan telah bertanding dalam merebut Piala Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011 anjuran bersama KPT, Maskom dan Kolej Komuniti Paya Besar yang menawarkan wang tunai RM 2000. Kejohanan yang telah berlangsung dari 18 hingga 20 November lalu bertempat di UMP menyaksikan saingan sengit yang diberikan oleh setiap pasukan bermula di peringkat kumpulan lagi hinggalah ke peringkat akhir. Semangat kesukanan dan juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh para atlit menyemarakkan lagi kejohanan ini yang julung kali diadakan. Persaingan hebat turut diberikan oleh pasukan tuan rumah KKPB hingga mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada pasukan seangkatan iaitu Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Perlawanan akhir telah menyaksikan pertemuan antara UTM dan UiTM Shah Alam yang begitu sengit hingga mengheret kepada 5 set perlawanan dan telah dimenangi oleh pasukan UTM akhirnya. Kehebatan pasukan UTM turut diakui oleh para pengadil apabila menganugerahkan best spiker dan best blocker kepada 2 pemain daripada pasukan UTM. Manakala best setter, best server dan best player diungguli pemain dari pasukan UiTM Shah Alam yang menjadi Naib Johan dan membawa pulang wang tunai RM 1500. Setinggi tahniah kepada semua pasukan yang menang.
KKPB selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat serta UMP yang sudi menyewakan Kompleks Sukan yang menjadi gelanggang perlawanan Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011. Terima kasih daun keladi turut ditujukan kepada Nestle Kuantan yang sudi menaja air milo percuma kepada pemain dan pengunjung pada 19 November yang lalu. Tahniah dan terima kasih juga buat semua jawatankuasa pengelola yang terlibat serta kakitangan KKPB khususnya yang telah menjayakan Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011 ini dengan begitu baik sekali. Tahniah dan syabas!

wahhh..de dlm blog ropenye..syabas pn sha :-)
ReplyDelete