Sekitar Pendaftaran Peserta
Kejohanan Bola Tampar Jemputan IPT 2011
Bermula jam 9.00 pagi, kaunter pendaftaran peserta kejohanan di KKPB telah dibuka. UTM merupakan IPTA yang pertama sampai ke tempat pendaftaran diikuti IPT yang lain. Semua pasukan memberikan kerjasama yang baik walaupun ada sebahagian pasukan yang terlupa untuk membawa salinan kad matrik dan salinan kad pengenalan semasa proses pendaftaran peserta. Pihak urusetia sebaik mungkin membantu setiap pasukan yang memerlukan bantuan. Jam 10 pagi berlangsung pula taklimat kepada pengurus pasukan oleh Setiausaha Persatuan Bola Tampar Pahang merangkap Ketua Pengadil sepanjang kejohanan berlangsung. Taklimat dijalankan setengah jam lebih awal memandangkan sebahagian besar pengurus pasukan telah pun berada di tempat taklimat. Perlawanan pertama pada hari ini akan bermula pada jam 3.00 petang. Semoga berjaya kepada semua pasukan.
No comments:
Post a Comment